Assalamualaikum.
Hai hai. Hari ni aku nak share satu tips untuk korang :)) tiba tiba pulak tangan aku ni ringan gila nak menaip. Hahabaha ;D
Ok, kali ni aku tak guna gamba pakcik google. Sebab MALAS. So, aku guna gamba aku sendiri. Yang belakang tu bespreng aku yang gila. Toksah tengok. Hoho :D
Ok, gamba yang kat atas tu gamba waktu sportday haritu. So memang nampak gila lah muka aku hitam gila. Kalau kau tengok putih, maknanya camera trick aku berjaya!
Nak dijadikan cerita aku telah berjaya menghapuskan sunburn aku! Yeah ! Tepuk tangan! So, aku nak share lah macam mana aku buat.
Sekarang ni kan banyak skolah adakan sportday. Mesti muka korang hitam sampai kau rasa nak koyakkan je muka kau pastu tampal yang baru. Kan kan? Now, korang toksah nak rasa gitu dah. Aku ada jalan penyelesaiannya :))
1. Sediakan sebiji telur dan sebiji limau.
2. Pecahkan telur dan gunakan telur putih sahaja. *maknanya telur kuning tu kau buang je. Kalau taknak membazir kau simpan dalam fridge..pastu kalau lapar pergi goreng. Hohoho.
3. Potong limau tu menjadi suku. Kiranya korang ambik sikit je lah. Aku pun taktau camna nak explain. Hahahaha! OH. Limau kasturi tau. Bukan limau mandarin dan sebagainya.
4. Perahkan limau ke dalam telur.
5. Letak dalam fridge beberapa minit. *untuk.yang ni terpulanglah nak sejukkan ke tak. Aku sejukkan dulu sebab bila nak letak kat muka sejuk je. Feeling fresh gitu.
6. Dah sejuk tu, korang ambik lah kapas lepastu sapu kat muka. Lepastu, biarkan lah. Dalam 20-30 minit pastu bersihkan muka.
Andddd tadaaaaa!
Untuk langkah yang ke-6 korang bolrh jugak ambik tisu lepastu potong kecik2. Kalau nak senang ambik tisu dalam packet kecik tu lepastu potong jadi 4. Lepastu rendam dalam telur tu then lekatkan kat muka. So, dia jadi mask. Boleh save duit takyah beli! Hoho. Aku selalu lah buat camtu. Lepastu tunggu sampai kering then cuci muka. Andf jejangggggg! In shaa allah menjadi ;))
Untuk yang limau tu sebenarnya aku guna untuk hilangkan bau. Sebab kalau tak letak limau, bau dia memang Ya Allah. Aku rasa cam nak hantuk kepala kat dinding. Tu lah kegunaan limau tu sebenarnya.
Aku harap tips ni berguna lah untuk korangz. Aku dapat tip ni pun dari kawan. Terima kasihhh ehh. Kalau aku rajin nanti aku update lagi! Nak edit blog ni. Macam reban ayam dah aku tengok! Dada! Assalamualaikum :).